Thursday, 1 December 2011

.likuleliku.

halo..lame kot x updte blog ni..haa,kali ni ak nk conclude everything that hv been done in previous 3months ni dlm new life aku kt Uitm SA..theres a lot new things..new friends..new environment..macam2 aku da lalui kt sini even baru 3bulan..stdy,lepak,karok,bwling,wayang,event,test,quiz..sume ade..and as usual as my fav,snap pic ofcz ade..snap pic memg hobi ok..jgn pisahkan ak dgn hobi ni..memg carik pasal..haha..pic yg ak snap bwh ni sume actvt yg ak join since ak da degree ni..enjoy ok..;)


karok





trip to yayasan restu





kenduri umah kani & bowling 




  


  

realsteel




bowing lagi



zoo-man's bestfriend








::ade kes jd kt zoo ni..geram kot aku..xpe2,sabar..

Wednesday, 19 October 2011

hoperemainsahope



semalam..

senyuman yang panjang..
bagai tiada penghujung..
gelak tawa yang girang..
bersama hati riang..
terasa bebanan hilang..

hari ini..

tersedar dia dari
mimpi semalam..
dia bangun dengan
lemah terdiam..
pagi yang suram..
pandangannya kelam..
bersama hari yang 
kian tenggelam..

dia bangun dari katilnya..
langkahnya tidak bermaya..
ada sesuatu dihujung katil 
menarik pandangan mata..
pantas sungguh mata menjadi kaca..
arghh,sudah tiada guna..
apa maknanya ditangisi 
yang sudah tiada..

biarkan ia pergi..
mencari kebahagiaan diri..
membawa memori..
meninggalkan sepi..
cukuplah kau tangisi..
kau pasti temui pengganti..





.11th nephew.

the 11th nephew..my 6th sister first born..muhammad arif..



Friday, 7 October 2011

.I.D.K.W.



I'm still here..

waiting here..

to catch you if you fall..

I don't know why I cared so much..

when I shouldn't care at all..


Thursday, 8 September 2011

..putihsuci..

bila aku combine kn 2-2 pic kat bawah ni,memg lucu giler..drpd klaka,tros jadi ensem..haha..PERASAN lebih..




before


after


.bilawaktutelahberakhir.


Lately one of my friend said about “bila saya dah x ada”..apa maksud dia??ofcz she noticed bout death rite..it is good to think about it..yes,it will happen to the every living things..ready or not,we can’t deny it..

aku t'baca artcle on http://www.iluvislam.com  pasal kematian..


"Kehidupan dan kematian itu suatu lumrah hidup yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Semua makhluk yang bernyawa baik manusia, haiwan, tumbuhan, jin, syaitan bahkan malaikat sekalipun pasti akan merasai mati.
Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu.

Hakikat kematian seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia yang fana ini. Hanya apabila maut menghampiri, barulah manusia akan sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a bahawa manusia ini semuanya dalam keadaan tidur, mereka akan sedar ketika malaikat maut datang mencabut nyawanya. Ramai diantara kita lupa akan janji Allah s.w.t dalam firmanNya :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (Al-Imran : 185)

Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikanNya. Sekalipun janji Al-Malik itu benar, namun sedikit sekali yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut.

Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan dimana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa: 78)

Wahai saudaraku, maut tidak pernah melupakan kita walau sesaat. Maut tidak pernah jauh dari kita bahkan semakin dekat, dan mendekat dari hari ke hari. 
Sekalipun ia hampir dengan kita, tidak pula ia memberi amaran dan peringatan bahawa nyawa berada di hujung usia.
Tiada siapa yang akan tahu bila ajalnya tiba. Ada yang menemui ajal ketika sedang sujud kepada Allah, dan ada pula ketika sedang bermaksiat dan menderhakai Allah.
Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga setiap masa. Hiasilah diri dan minda agar mudah ingat kepada kematian supaya kita tidak lupa destinasi utama yang ingin dituju kelak.

Pernah diceritakan di Mekah, terdapat seorang ulama' yang sentiasa menutup setiap percakapannya dengan kalimah "Allah". Jika diberi salam kepadanya, beliau akan menjawab "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh- Allah". Apa khabar?- Allah, Selamat Petang- Allah. Beliau menutup semua percakapannya dengan menyebut nama Allah s.w.t. Maha suci Allah, beliau berkata sedemikian kerana bimbang beliau mati tanpa menyebut nama Allah kerana beliau tidak tahu bila ajal akan menjemputnya. Begitulah mereka yang sentiasa berjaga-jaga terhadap kematian, tidak pernah lupa padanya.

Ingatlah wahai diriku dan semua saudaraku, dunia ini adalah fana. Jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa kepada tempat kita kembali nanti.
Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk mendustakannya. Firman Allah s.w.t :

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (Al-Jumu'ah: 08)

Semoga taufik dan hidayah Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua agar kita tidak lupa tabir kematian yang menanti setiap waktu. insyaAllah."

::takut bila cerita pasal kematian..tp sekejap je perasaan tu datang,kemudian hilang..kenapa semua tu jadi??iman masingmasing je yang boleh jawab...

Wednesday, 7 September 2011

..jangansesekali..




Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku sayang kamu" sedangkan di dalam hatimu tiada apa yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...